My Lovely New Life

My Lovely New Life

Tuesday, May 17, 2011

Lama kot ~

(^_^) ..

Kuasa Allah mmg besar, dijadikan sebuah senyuman utk setiap hambaNya agar dengan senyuman boleh menenangkan hati yang sedang sakit, boleh meleraikan perasaan yang kusut, boleh mengubat rindu yang dalam..

Lama sangat tak terjah blogg aku nie.. maner tak nyer asik blogger business yang semakin maju nie hurmmm... Alahmdulillah semua tue rezki dari Allah..samaada kiter sedar atau tak jer..

Kenapa tetiba teruja nak menaip kt blogg nie..sbb dah lama tak terluah rasa hati kot..atau dah tak tau pada saper yg perlu di luahkan.. tp sama jer, kat blog ker..kat mmber ker..takkan terluah aper yg aku nak luah..sbb aku bukan manusia kejam yg suka ungkit2 .. yang suka menampakkan kezaliman orang laen.. biarlah org tue menmpakkan kezaliman aku kat muka orang laen.. aku tak kesah.. sbb aku mmg dah tak suka nak campur hal org.. dan aku suka dgn aku sekarang nie..


SemOGa selepas nie kepelbagaian rasa yg ade nie terlerai dan terluah meskipun macam susah2 ajer.. tp sekurang2 nyer mencuba kan..

Bos..sory yer..dah guna masa kerja utk blog nie.. saya berjanji akan tingkat kan kemajuan kerja saya meskipun tau saya takkan dapat APC ..hahahahaa..

Monday, February 14, 2011

BARU NAK BERMULA..TAPI..

hemm..biasalah kalau takder cerita pasti aku tak menggerakkan jari2 nie untuk post sesuatu kat blog aku nie..

seharusnyer 2011 nie bermula dengan semangat baru..azam baru..buku baru..tapi...macam2 yang aku terima..sakit nya Allah jer tahu..mujur kawan2..adik2..parents sentiasa support aku..
baru aku nak berbunga2 .. dengan satu cerita sajer hati aku bagai di rentap.. aper nie??!!.. kata sayang, suruh simpan sayang dia tp??!!.. Astaghfirullah.. hemm..sabar lah wahai hati..pasti ade hikmah semua nie..

ape yang buat aku semakin sedih..bukan sajer hati dah di rentap.. sebelom tue.. knight rider excident.. momot mati.. cicit GemOk mati.. semua berlaku di awal 2011!!.. Ya Allah.. janGan la aku meletakkan 2011 adalah tahun malang sbb aku perlu sentiasa bersemangat utk meneruskan kehidupan aku..aku perlu kuat untuk mengahrungi kehidupan ini.. banyak benda yang aku perlu buat dan capai untuk tahun 2011.. semOGa musibah yang berlaku di awal 2011 akan merubah kehidupan aku kepada keGembiraan dan kejayaan selepas ini kerna 2011 masih panjang sebelum penghujungnya...insya-Allah...

YA ALLAH..
ANDAI DIA ADALAH UNTUKKU, KU MOHON AGAR DIKUATKAN HATI INI UNTUK TERUS MEMPERCAYAI NYA..
ANDAI DIA ADALAH UNTUKKU, BUKAKAN LAH HATI NYA DAN TUNJUKKANLAH AKU ADALAH UNTUKKNYA..
ANDAI DIA ADALAH UNTUKKU, KUATKAN LAH HATI DAN HUBUNGAN KAMI..
ANDAI DIA ADALAH UNTUKKU, BUKAKAN LAH HATI KEDUA IBU BAPANYA UNTUK MENERIMAKU DIDALAM KELUARGANYA..
ANDAI DIA ADALAH UNTUKKU, KU POHON AGAR TIADA SIAPA YANG AKAN MEMPEROLHINYA..
ANDAI DIA ADALAH UNTUKKU, KU POHON KEMBALIKAN LAH DIA KEPADA KU..

YA ALLAH,
ANDAI DIA BUKAN UNTUKKU, KU MOHON KEKUATAN DAN KETABAHAN HATI UNTUK MENERIMA PERPISAHAN INI..
ANDAI DIA BUKAN UNTUKKU, KU MOHON AGAR HILANGKAN SEGALA KEKUSUTAN INI..
ANDAI DIA BUKAN UNTUKKU, KU MOHON DI PERMUDAHKAN DAN DIPERCEPATKAN JODOHKU AGAR HILANG SEGALA KESEDIHAN, KELUKAAN DAN KERESAHAN HATI INI..

YA ALLAH,
ANDAI DIA BUKAN UNTUKKU, KU MOHON DI PERTEMUKAN DENGAN LELAKI YANG LEBIH BAIK DARI DIRI NYA, YANG BOLEH MEMBIMBING AKU UNTUK TERUS SUJUD KEPADA MU, YANG BOLEH MEMAHAMI DIRI INI DAN YANG BOLEH MENERIMA DIRI INI SE ADANYA..

YA ALLAH, SESUNGGUHNYA KAU LAGI MAHA MENGETAHUI, MAHA PENYAYANG LAGI MAHA MENGASIHANI..

AMIN YA RABBAL 'ALAMIN..